Kesejahteraan dan Harmoni adalah
penting dalam sesebuah negara. Ianya perlu di bina dengan melibatkan masyarakat setempat dengan mengambil kira pembangunan
sosial secara menyeluruh tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kejiranan dan kemasyarakatan.
Kawasan Rukun Tetangga Vision Homes S2, Seremban, Negeri
Sembilan yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perpaduan Negara mempunyai wawasan kearah mendidik masyarakat mencapai
matlamat tersebut dengan melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan, pembangunan sosial, pendidikan, kebersihan serta
sukan dan lain-lain usaha ke arah memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Pembinaan "Laman web RTVH" adalah bagi menangani ledakan maklumat
serta arus globalisasi dewasa ini bagi mendepani alaf baru terutama nya dalam aplikasi teknologi berkomputer dalam urusan
pentadbiran sesebuah Kawasan Rukun Tetangga. Rangkaian maklumat RTVH adalah sebahagian daripada rangkaian maklumat penduduk
VH. Adalah diharapkan homepage dapat memberi manafaat kepada masyarakat mendapat maklumat mengenai RT.
Akhir kata saya berharap RTVH akan terus berjaya memberi perkhidmatan
yang cemerlang kepada masyarakat setempat.